Monday 5 July 2021

Emas Sebagai Simpanan Jangka Panjang

Untuk simpanan jangka panjang, adalah lebih baik menyimpan dalam bentuk aset fizikal seperti emas, rumah atau hartanah. Nilainya pasti lebih terjamin. Aset fizikal begitu, kita tidak perlu risau tentang nilainya sebab ia bukan sekadar nombor yang tertulis di atas kertas tetapi ada bentuknya. Ia boleh dilihat, dipegang dan disentuh secara fizikal.

Dalam kesibukan kita dengan rutin harian, tanpa kita sedar harga serta nilai aset fizikal kita semakin hari semakin tinggi melebihi kadar inflasi. Ini bukti aset fizikal seperti ini kalis inflasi!

Jadi, jika anda mempunyai bajet yang besar atau mampu untuk membayar installment bulanan, anda boleh beli rumah atau hartanah dan anda boleh sewakan. Selain harganya yang terus meningkat dalam masa jangka panjang, kita boleh jana pendapataan tambahan dalam bentuk duit sewaan. Pastikan anda tetapkan harga sewaan yang berbaloi sekurang-kurangnya melepasi bajet bayaran ansuran bulanan rumah anda. Ia bermakna, anda tidak perlu mengeluarkan duit poket sendiri untuk membayar aset anda. Berbaloi bukan?

Rumah atau hartanah adalah salah satu pelaburan jangka panjang yang baik.

Tapi, bagaimana jika anda tidak mempunyai bajet yang besar? Untuk membeli rumah sebagai aset dan pelaburan jangka panjang, anda perlukan modal yang sangat besar. Walaupun anda membuat pinjaman dari bank, anda perlu juga menyediakan modal sekurang-kurangnya 10% dari jumlah harga rumah. Ianya belum termasuk kos-kos lain seperti kos guaman, kos-kos selepas rumah siap seperti memasang grille besi, lampu, kipas dan lain-lain. Ia perlukan modal yang sangat besar. Tidak semua orang mampu membeli rumah sebagai pelaburan jangka panjang. Untuk membeli rumah bagi diri dan keluarga juga sudah susah, apatah lagi untuk plan pelaburan? 

Anda sebenarnya ada pilihan lebih baik iaitu dengan menyimpan emas. Menyimpan emas adalah salah satu cara yang sangat baik untuk pelaburan jangka panjang. Yang lebih penting, ianya mampu milik kerana emas kita boleh beli dan simpan sedikit demi sedikit. Anda boleh membeli 1 dinar sebulan contohnya, jika anda mampu. Atau dengan kemudahan akaun simpanan emas seperti Gold Accumulation Program (GAP), anda boleh mula menyimpan emas serendah RM100 sahaja. Nilai RM100 akan ditukarkan kepada gram emas mengikut harga semasa dan dikumpul sehingga anda boleh mengeluarkan emas fizikal. Menarik bukan? 

Emas tulen 999 Public Gold - 1 dinar dan 10gram BungaMas Gold Bar 

Dengan akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP), kini semua orang boleh menyimpan emas. Simpan sedikit demi sedikit serendah RM100 dan tidak ada syarat wajib simpan setiap bulan. Jika anda boleh target 1gram setiap bulan, ia lebih baik kerana simpanan anda akan lebih cepat banyak. Yang paling penting, akaun GAP telah mendapat pengiktirafan PATUH SHARIAH. Jadi anda tidak perlu risau.

Apa lagi? Jom mula menyimpan emas. Jika anda fikirkan tentang harga emas, anda tentu akan kata, "Mahal la nak beli emas..", tapi suatu masa nanti, anda akan kata, "Ruginya aku tak beli emas dulu, harganya masih murah.". Percayalah cakap saya.

Anda boleh daftar terus disini atau hubungi saya untuk bantuan pendaftaran dan keterangan lanjut.

Anda juga dijemput ke channel telegram kami (sila klik di sini) untuk mendapatkan maklumat-maklumat serta ilmu-ilmu tentang pelaburan emas. Ianya percuma!! Jadi sila klik link untuk join channel secara percuma. 

No comments:

Post a Comment

Tips Pelaburan Silver

Seperti sedia maklum, PG juga memberi peluang anda menyimpan dan melabur silver/perak. Ini panduan ringkas kalau nak melabur dalam silver: (...