Ramai di antara kita yang masih tertanya-tanya mengapa perlu menyimpan emas daripada menyimpan wang kertas atau cash di bank. Dari pandangan saya juga, ramai lagi diantara kita yang masih menganggap menyimpan emas adalah khusus untuk orang-orang 'kluster kayangan' atau orang kaya dan bukan untuk mereka. Tanggapan sebegitu pada saya adalah tidak tepat sama sekali dan tanpa ilmu.
Disini saya akan terangkan 5 kelebihan menyimpan emas jika dibandingkan dengan menyimpan cash/wang kertas.
1. Emas Kalis Inflasi dan Nilainya Stabil
Simpan duit anda dalam bentuk emas untuk mengekalkan nilainya dalam jangka masa panjang. Anda pernah terfikir kenapa 10 tahun yang lepas, anda masih boleh beli karipap dengan harga 30sen sebiji, tetapi kenapa hari ni tidak? Pernahkah juga anda terfikir harga rumah contohnya, dengan saiz kawasan yang sama, build-up rumah yang hampir sama tetapi harganya sudah berganda mahal dari harga 10 tahun lepas?
Ramai tidak perasan, semua ini kerana inflasi. Pakar kewangan menyebut, 'Inflasion is the greatest thief of all!'. Inflasi mencuri nilai duit anda secara senyap dan tanpa anda sedari. Cara untuk selamatkan duit anda? Tukarkan duit anda dalam bentuk emas!
2. Medium Pelaburan Jangka Sederhana & Panjang Yang Baik
Emas adalah medium pelaburan jangka masa sederhana dan panjang terbaik. Saya tidak kata melabur di hartanah tidak baik. Tapi bolehkan anda beli hartanah dengan hanya sekaki persegi? Berapa modal anda harus ada untuk anda melabur dalam hartanah? Dengan menyimpan emas, anda boleh menyimpan sikit-demi sedikit. Dengan akaun Gold Accumulation Program (GAP) anda boleh menyimpan dgn RM100 sahaja.
Emas juga aset yang mudah cair. Berapa lama untuk anda cairkan aset hartanah anda? Seminggu? 2 minggu? Sebulan? Mungkin lebih dari itu. Dengan emas, anda boleh jual dimana-mana sahaja. Paling tidak pon anda boleh ke ar-rahnu untuk mendapat pinjaman mudah dengan menjadikan emas anda sebagai cagaran.
3. Harga Purata Emas Terus Naik Setiap Tahun
Harga emas memang akan sentiasa turun naik dalam masa singkat. Tetapi dalam jangka masa panjang, purata harga tetap akan terus naik. Anda boleh lihat kenaikan purata harga emas seperti gambar di atas. dalam masa 20 tahun, kenaikan harga emas adalah sebanyak 600%!! Jika dibahagikan kepada peratus tahunan kenaikan, ia adalah kenaikan sebanyak 30% setahun!!
4. Emas Simpanan Untuk Persaraan Terbaik
Seperti yang saya terangkan sebelum ini, emas adalah aset mudah alih yg mudah dan murah. Peratus kenaikan harganya juga agak stabil. Anda boleh menyimpannya sedikit demi sedikit. Satu lagi kelebihan simpanan emas ialah, tiada siapa tahu banyak mana emas yang anda ada dan simpanan emas tidak ada kaitan dengan mana-mana institusi kewangan. Anda bayangkan jika anda mula menyimpan 1gram sebulan bermula sekarang untuk hari persaraan anda 15-20 tahun nanti. Berapa banyak gram yang anda akan ada ditambah dengan nilainya ketika anda bersara nanti. Sila buat anggaran sendiri.. hehe.
5. Menyimpan Emas Dapat Mengelakkan Kebocoran Wang
Ramai diantara kita ada masalah untuk menabung. Duit yang disimpan asik-asik bocor. Bila tiba jumlah tertentu, mulalah terfikir macam-macam untuk dibeli. Sport rim baru, basikal baru, tukar almari baru, dan semua seperti nak ditukar kepada baru. Ini juga berlaku kepada saya semasa saya belum lagi menyimpan emas. Tapi dengan menyimpan emas, perasaan boros itu akan hilang. Ia seperti magic! Manusia akan ada fitrah 'sayang' kepada emas. Anda tidak akan jual emas anda sesuka hati untuk dapatkan duit membeli barang 'kehendak' yang tidak betul-betul perlu. Malah, dengan menyimpan emas, naluri untuk sering tambah gram anda akan datang. Ia adalah naluri dan 'fitrah' yang Allah berikan kepada manusia. Menyimpan emas, lain auranya. Anda tidak percaya?? Anda boleh mula menyimpan emas sekarang. 😃
Nak daftar akaun Gold Accumulation Program (GAP) dan menyimpan emas sedikit demi sedikit? Anda boleh
daftar di sini.