Apa itu GAP?

Kini, semua orang boleh menyimpan emas! Jom mula menyimpan emas di akaun GAP dengan SERENDAH RM100 sahaja!


Ok, Apa itu GAP?

Gold Accumulation Program (GAP) adalah kaedah simpanan emas paling mudah dan paling murah di Malaysia yang ditawarkan oleh Public Gold dan ianya disahkan PATUH SHARIAH oleh Amanie Advisors.


Kelebihan Akaun Emas GAP:

1. Boleh mula beli & simpan emas fizikal secara online dengan bajet MINIMUM RM100 sahaja.

2. Tiada syarat wajib beli setiap bulan. Boleh beli & jual bila-bila masa secara online.

3. Emas tu boleh disimpan dengan Public Gold secara percuma. Tiada had belian & tak ada had tempoh masa untuk simpan.

4. Kalau beli 1 gram, emas tu kekal 1 gram dalam akaun walaupun harganya dah berubah.

5. Kalau nak keluarkan emas tu & simpan sendiri pun boleh. Boleh keluarkan bila-bila masa asalkan cukup baki gram dalam akaun.

6. Boleh keluarkan emas fizikal paling kecil gold bar 1 gram, paling besar emas 1 kilo. Item dinar pun boleh asalkan cukup baki dalam akaun.

7. Boleh minta Public Gold poskan emas terus ke rumah melalui servis dinamakan GIT (Gold In Transit) dan diinsurankan.

8. Anda boleh buka GAP Junior Account untuk plan pendidikan anak-anak anda bila dewasa nanti. 


Nak daftar akaun GAP? Sila daftar di sini. atau hubungi saya disini.


Contoh situasi: 

- Abu mula simpan emas tahun 2020, ketika itu harga emas 1gram ialah RM250. 

- Pada 1 Oktober 2020 dia mula beli 1 gram pada harga RM250. Jadi, dalam akaun GAP Abu ada 1 gram. 

- Pada bulan November 2020, Abu tiada lebihan wang untuk menambah gram emas. 

- Namun pada 1 Disember 2020, Abu beli 1 gram lagi pada harga RM248 (harga semasa emas turun sedikit). 

- Jadi sekarang Abu sudah ada 2 gram dalam akaun emas beliau. 

- Abu target untuk buat belian sekurang-kurangnya 1gram setiap bulan untuk mengumpul 12 gram dalam masa setahun. Setelah itu, jika mahu Abu boleh keluarkan emas fizikal seperti dinar atau gold bar.

Dengan GAP, anda boleh beli & jual bila2 masa. Tak ada syarat wajib beli setiap bulan. Anda boleh menabung emas sedikit demi sedikit dalam akaun GAP. Bila sudah banyak atau sudah capai target misalnya 10 gram, anda boleh mengeluarkan emas fizikal dengan hanya ke cawangan berdekatan.

Sekiranya anda tinggal jauh dari cawangan, Public Gold boleh poskan emas anda dan ianya dilindungi insurans.

Jom sertai kami menyimpan emas untuk menyelamatkan wang anda dari inflasi! 😀👍


Nak daftar akaun GAP? Sila daftar di sini.

Setelah daftar, sila klik disini untuk inform saya yang anda telah mendaftar. Saya akan guide anda untuk membuat belian pertama minimum RM100 atau 1gram.

Ada sebarang kemusykilan, soalan atau anda ingin bantuan saya untuk pendaftaran? Klik disini untuk whatsapp saya. 

Anda juga dijemput ke channel telegram kami (sila klik di sini) untuk mendapatkan maklumat-maklumat serta ilmu-ilmu tentang pelaburan emas. Ianya percuma!! Jadi sila klik link untuk join channel secara percuma. 

Selamat menyimpan emas!! 👍😀


No comments:

Post a Comment

Tips Pelaburan Silver

Seperti sedia maklum, PG juga memberi peluang anda menyimpan dan melabur silver/perak. Ini panduan ringkas kalau nak melabur dalam silver: (...