Tuesday, 16 August 2022

Tips Pelaburan Silver

Seperti sedia maklum, PG juga memberi peluang anda menyimpan dan melabur silver/perak. Ini panduan ringkas kalau nak melabur dalam silver:



(1) Harga silver lebih volatile (tak stabil)
Dari sudut pergerakan harga, bila emas naik, silver akan naik 2, 3 kali ganda lebih banyak daripada emas. Bila turun pun sama. Tahun 2010 – 2011, silver naik 100%. Masa tu ramai orang beli silver. Lepas tu dia jatuh balik 50%.

(2) Potensi lebih besar
Dari sudut potensi kenaikan, pakar precious metal meramalkan silver akan jadi “gold in future”. Maksudnya, peratusan kenaikan dia akan jauh menandingi emas. Ini disebabkan silver diperlukan untuk industri, sedangkan dah tak ada lombong silver, dan silver biasanya terbuang (dalam alat elektronik) tanpa di recycle sebagaimana emas sebab kosnya yang tak bebaloi.



(3) Silver lebih rendah kecairan
Silver lebih rendah kecairan berbanding emas. Maksudnya, bila nak jual, tak banyak tempat sanggup beli silver kecuali pengeluarnya sendiri. Kalau emas, kita boleh jual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa.
Silver tak boleh dipajak sebagaimana emas. Setakat ni, cuma Ar-Rahnu Koperasi Dagangan Emas (KDE) di bawah Public Gold jer yang terima pajak silver, itu pun silver keluaran Public Gold sahaja.

(4) Penyimpanan lebih susah
Silver ni berat & saiz lebih besar. Dari sudut penyimpanan agak susah berbanding emas. Kalau sewa Safe Deposit Box, memang cepat la penuh box tu. Kena sewa Safe Box yang besar baru sesuai untuk simpan silver.
-----

Dari sudut simpanan, mentor saya syorkan simpan emas dulu. Ada balance baru beli silver. Mentor saya sarankan simpan 70% emas, 30% silver.
Jadi kalau nak mula cara mudah melabur silver, beli & simpan dalam GAP sahaja, tak perlu fizikalkan silver. Bila nak jual semula, jual kepada PG semula melalui apps/web terus.

Nak mendaftar akaun GAP untuk mula menyimpan Emas atau Silver sikit-sikit serendah RM100 sahaja? Boleh klik disini untuk mendaftar sendiri secara percuma atau hubungi saya disini untuk pertanyaan lanjut dan bantuan pendaftaran.

Semakin tunggu semakin mahal! Harga emas tak tunggu anda.

10 tahun lalu sekeping 10 dinar ini  berat 42.5 gram, berketulenan emas 999.9, hanya berharga   sekitar RM7,000.  Tetapi hari ni...