Sunday, 30 May 2021

Ar-Rahnu, Tempat Orang Yang Tiada Duit??

Bila kita sebut Ar-Rahnu, kebanyakan dari kalangan kita akan berfikiran kolot dan mengatakan bahawa, Ar-Rahnu ialah tempat bagi orang yang kesempitan duit dan mereka perlukan pinjaman wang segera. Tapi sedarkah anda, mereka yang pergi ke Ar-Rahnu itu ialah mereka yang sebenarnya kaya. Ya... mereka kaya dengan EMAS! 

Untuk meminjam wang segera dari Ar-Rahnu atau mana-mana pusat pajak gadai Islam, peminjam perlu menyerahkan emas mereka sebagai cagaran. Mereka akan diberikan pinjaman 60% - 90% dari nilai marhum emas yang mereka ada. Ini bermakna, sekiranya anda tidak ada emas di tangan, anda jangan bermimpi untuk meminjam wang dari Ar-Rahnu. Itu kenyataan.


Antara Ar-Rahnu yang menerima emas Public Gold tanpa banyak soal. 
Malah sesetengah dari Ar-Rahnu ini tidak akan membuka seal plastik emas Public Gold anda. 

Kaedah pinjaman ini sebenarnya telah lama dipraktikkan oleh atuk nenek kita sejak dulu, cuma persepsi masyarakat terhadap mereka yang pergi ke Ar-Rahnu sukar untuk diubah. Kita juga perasan, emak, atuk & nenek kita biasanya suka menyimpan emas kerana meraka tahu yang emas ialah aset yang sangat berharga. Bayangkan ketika awal tahun 90an, emas ketika itu hanya sekitar RM30/gram. Jika nenek anda mewariskan emas tersebut kepada ibu anda, dan ibu anda pula sekarang telah mewariskannya kepada anda, anda boleh kira semula nilai emas tersebut jika dibandingkan dengan 20 atau 30 tahun yang lalu.

Barang kemas 999 - Gambar ikhsan Pak Google

Di musim PKP ini, saya melihat banyak pusat-pusat Ar-Rahnu diserbu oleh penyimpan-penyimpan emas. Dari satu sudut, ia adalah sesuatu yang baik kerana kita tahu yang sebenarnya ramai dari kita yang menyimpan aset emas yang berharga. Tidak dinafikan, simpanan emas adalah untuk jangka masa panjang, namum salah satu sebab lain untuk menyimpan emas ialah sebagai dana kecemasan. 

Anda masih belum ada dana kecemasan? Dana kecemasan perlu disediakan oleh setiap orang sekurang-kurangnya 3 bulan dari jumlah gaji kita. Nampak sukar? Kita akan nampak iainya sangat sukar dilaksanakan kerana biasanya kita akan menyimpan dana kecemasan dalam bentuk wang tunai. Itu taktik yang sangat salah kerana wang tunai akan menyebabkan anda lebih boros berbelanja. Bila anda nampak duit anda banyak, macam-macam dalam fikiran untuk ditukar walaupun ianya bukan keperluan. Tapi sekiranya anda menyimpan dana kecemasan anda dalam bentuk emas, ianya sangat berbeza. Emas ada daya tarikan dan aura untuk anda menampak simpanan dari semasa ke semasa. Setiap manusia memang akan ada naluri sayangkan emas dan dalam masa yang sama, anda sebenarnya menyelamatkan nilai duit simpanan anda dari dimamah inflasi. Harga emas? Terus naik.. naik.. dan naik. Itulah kelebihan menyimpan emas. 

Sekiranya anda berminat untuk membeli emas pelaburan 999 atau anda ingin mulakan simpanan emas dengan hanya RM100 sahaja, anda boleh hubungi saya. Akaun Gold Accumulation Program (GAP) adalah akaun simpanan emas patut shariah yang pertama di Malaysia dan anda boleh menyimpan emas sedikit demi sedikit dan anda boleh keluarkan emas fizikal jika mahu.

Jom!! Jangan tunggu lagi kerana harga emas tidak akan menunggu anda...


Wednesday, 19 May 2021

Inflasi, Pencuri Terbesar Tanpa Kita Sedari

Inflasi. Ramai orang tidak sedar peranan inflasi dalam 'mencuri' nilai duit kita. Tapi semua dari kita perasan semua harga barang akan naik harga dari tahun ke tahun. Kos pendidikan naik, harga rumah naik, harga barang keperluan harian naik. Tapi kenapa?



Saya pasti jika anda dilahirkan sekitar 80an, anda pernah merasa membeli gula-gula 3/5 biji sepuluh sen sahaja. Makan mi goreng di kantin sekolah dengan hanya 20sen sepinggan. Bekalan duit belanja ke sekolah cukup sekadar 30 sen sahaja sehari. Berapa mewahnya anda rasa jika ada RM1 di tangan. Tapi itu tinggal kenangan bukan?

Masih segar dalam ingatan saya, membantu arwah ayah menoreh getah dan menanam nenas. Hasil penjualan getah 'beku' hanya sekitar 10sen - 20sen sekilogram. Hasil kebun nenas pula, hanya dibeli oleh peraih sekitar 5sen sebiji. Bayangkan penjualan 1000 biji nenas yang diusahakan selama berbulan-bulan hanya mendapat pulangan RM50 sahaja. Anda boleh bayangkan? 

Tapi semuanya sangat berbeza ketika itu. Walaupun angkanya nampak kecil ketika itu, tapi nilainya masih besar. Dengan hasil itulah kami adik beradik dibesarkan. Alhamdulillah cukup hingga kami sampai ke universiti. Kos kehidupan ketika itu sangat rendah hinggakan jika anda ada RM10 di tangan, ia adalah nilai yang sangat besar! Anda bandingkan jika anda ada RM10 di tangan sekarang, apa yang anda boleh beli dengan RM10?

Saya selalu beri contoh mudah tentang kambing. Pada sekitar tahun 2017, anak lelaki sulong saya lahir dan ketika itu untuk membuat aqiqah beliau, saya perlukan modal RM550 untuk seekor kambing. Jika kita lihat harga seekor kambing pada hari ni, ia telah menjangkau RM1000 hingga ke RM1200 seekor mengikut berat. Kenapa ianya berlaku? Itulah inflasi. Inflasi mencuri nilai duit anda! Walaupun anda nampak nombornya lebih banyak, tapi nilai semakin sedikit. 




Bagaimana anda nak kekalkan nilai duit anda? Cara paling mudah dan senang ialah dengan menukar duit anda kepada emas. Atau dengan kata lain, anda perlu menyimpan emas. Emas terbukti aset yang boleh mengekalkan kekayaan anda zaman berzaman. Tanyalah atuk nenek anda, semasa mereka masih muda berapa harga emas ketika itu dan bandingkan dengan harga sekarang! :)

Bagi anda yang ingin mulakan simpan emas sedikit demi sedikit tetapi patuh shariah anda boleh mendaftar akaun Gold Accumulation Program (GAP), anda boleh daftar terus disini atau hubungi saya untuk bantuan pendaftaran dan keterangan lanjut.

Anda juga dijemput ke channel telegram kami (sila klik di sini) untuk mendapatkan maklumat-maklumat serta ilmu-ilmu tentang pelaburan emas. Ianya percuma!! Jadi sila klik link untuk join channel secara percuma. 

Sunday, 18 April 2021

Cara Pelaburan Emas Yang Betul

Anda jangan cepat tertipu dengan pelbagai skim cepat kaya bertopengkan emas di luar sana. Sebelum menyimpan atau melabur emas, anda perlu tahu cara yang betul menjana keuntungan dengan emas. Sebenarnya tiada teknik ajaib untuk cepat kaya dengan melabur emas. Kalaulah ada pihak yang menawarkan pulangan secara bulanan yang lumayan dengan kononnya menyimpan emas, ia pastinya 'scammer'. 


Disini saya cuba kongsikan kepada anda, 2 cara pelaburan emas yang betul dan selamat.


Cara 1 : Beli dan simpan tanpa perlu hirau harga

Beli dan terus beli emas sebagai simpanan jangka panjang sama seperti membeli hartanah dengan matlamat harganya akan meningkat suatu hari nanti. Set matlamat simpanan anda contohnya 1 gram setiap bulan dan terus membanyakkan gram anda tanpa menghiraukan harga emas semasa.  Dalam jangka masa panjang, harga emas akan meningkat dan sekiranya anda perlukan wang ketika itu, anda boleh jual semula atau pajak emas anda di Ar-Rahnu untuk pinjaman mudah. Sekiranya anda menjual semula emas, keuntungan anda adalah daripada kenaikkan harga emas itu sendiri. 

Cara pelaburan ini adalah cara yang paling popular di kalangan penyimpan-penyimpan emas kerana ianya tiada risiko. Cara ini juga digunakan bagi mereka yang tidak mempunyai modal yang banyak. Mereka hanya set matlamat gram setiap bulan, atau menyimpan emas mengikut kemampuan masing-masing. Dengan akaun GAP contohnya, kita boleh menyimpan emas dengan serendah RM100 sahaja. Kita tidak perlu risau turun naik harga emas kerana matlamat simpanan ialah untuk memperbanyakan gram emas dalam jangka masa panjang. Yang paling penting setiap bulan, gram emas kita akan bertambah.

Ingat! Kura-kura menang perlumbaan dengan arnab bukan kerana dia laju, tetapi kerana kura-kura istiqomah dan konsisten. 😀 


Cara 2 : Beli harga rendah dan Jual ketika harga tinggi (Gold Investor)

Tidak semua orang mampu melabur emas dengan cara ini kerana ianya memerlukan modal yang besar. Pelabur emas memerlukan modal sekitar RM30 ribu dan atas. Lebih banyak lebih baik kerana keuntungan mereka adalah dari margin kenaikan harga emas yang mereka beli. Bagi cara ini, anda perlu sentiasa alert dengan penurunan dan kenaikan harga emas. Apabila harga emas turun sekitar beberapa peratus, anda perlu membeli emas. Setelah itu, anda perlu berharap harga emas yang anda telah beli akan naik. Sebenarnya terdapat beberapa teknik untuk meramal penurunan dan kenaikan harga emas dunia. Ianya perlu anda belajari dan kuasai sebelum menjadi 'Gold Investor'

Perlu diingat, untuk menjual semula emas dan mendapatkan keuntungan anda, anda perlu mengambil kira nilai spread / susut nilai yang dikenakan keatas jualan semula emas anda. Kita ambil contoh spread yang dikenakan oleh Public Gold untuk jualan semula emas ialah sekitar 6%-9% dari harga emas. Jadi, anda perlu pastikan peratus keuntungan anda adalah lebih tinggi dari peratus nilai spread yang dienakan sebelum menjual semula. 

Sebagai contoh, Ahmad mempunyai modal pelaburan sebanyak RM50,000 dan ingin menjadi 'Gold Investor'.

Belian ketika (RM240/g) : 208.333gram

Jualan semula ketika (RM270/g) : 208.333 x RM270 = RM56,250

Spread / susut nilai (6%) : RM3,375

Nilai jualan semula selepas tolak spread/susut nikai : RM56,250 - RM3,375 = RM52,875

Untung bersih : RM2,875

*Lebih tinggi modal anda, lebih tinggi nilai keuntungan anda.

Sekiranya anda melabur emas dengan cara ini, pastikan keuntungan yang anda ambil hanyalah keuntungan bersih sahaja. Modal asal RM50,000 seperti contoh di atas perlu dilaburkan semula dengan membeli emas baru. Pastinya gram yang akan anda dapat selepas belian semula kedua akan berkurang kerana harga emas telah meningkat. Tiada masalah, yang penting anda perlu pastikan modal asal perlu sentiasa kekal dan hanya jual semula bila harga emas naik sekali lagi. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk pengetahuan anda, cara pelaburan kedua ini juga boleh digunakan dengan akaun Gold Accumulation Program (GAP). Platfrom dalam talian GAP membenarkan kita membeli dan menjual semula hanya di hujung jari sahaja. Ianya sangat memudahkan pelanggan dan pelabur-pelabur emas. 

Kepada yang mahu mendaftar akaun Gold Accumulation Program (GAP), anda boleh daftar terus disini atau hubungi saya untuk bantuan pendaftaran dan keterangan lanjut.

Anda juga dijemput ke channel telegram kami (sila klik di sini) untuk mendapatkan maklumat-maklumat serta ilmu-ilmu tentang pelaburan emas. Ianya percuma!! Jadi sila klik link untuk join channel secara percuma. 

Monday, 12 April 2021

Masa beli emas harga tinggi. Sekarang harga rendah. Rugi?

Masa beli emas harga tinggi. Sekarang harga rendah pulak. Rugi?

“Saya tak boleh move ON bila tengok Harga emas sekarang sebab masa beli/mula Harga emas tinggi. Sekarang rendah pula”. Ini antara luahan hati daripada pelanggan kepada saya.

Sebenarnya tak salah untuk ada perasaan begitu. Sebagai manusia normal, pasti wujudnya perasaan #Down bila berada disituasi beli emas ketika Harga tinggi & Sekarang Harga rendah.
Perasaan “Rugi” itu timbul dalam diri.

Contoh 1dinar dan 10gram BungaMas gold bar.
Menyimpan emas adalah pelaburan jangka masa panjang.


Saudara/saudari,
Bila simpan emas, kita kena faham & jelas bahawa simpanan emas sesuai untuk jangkamasa yang panjang.
Jika hari ini kita beli dengan harapan untuk jual
Esok, maka jawapannya Tidak Sesuai. Berkemungkinan besar, kita akan rugi. Ya, kita Kena terima hakikat bahawa simpanan emas bukan begitu.

Jadi, sebelum atau selepas mula menyimpan emas, betulkanlah pemikiran kita.
Jadilah seperti nenek, moyang & mak kita Zaman dahulu. Walaupun tidak semudah sekarang untuk semak Harga, mereka tetap menyimpan emas dengan keyakinan bahawa emas sentiasa bernilai dalam apa juga keadaan dan situasi. Malah pemikiran mereka lebih Kepada untuk mewarisi emas kepada anak & cucu kerana mereka tahu nilai emas.

Tanya lah mereka,
“Antara Kereta & Emas, yang mana sepatutnya disimpan?”
Saya pasti jawapan mereka,
“Simpan Emas lahh cucu. Nenek makan garam dulu daripada Cucu”
Walaupun mereka “Orang Lama” tetapi pemikiran mereka jauh lebih bagus daripada kita “Orang Baru”.

Kawan-kawan,
Ada ketikanya kita Kena ambil Iktibar & Nasihat daripada mereka yang lama sebagai panduan dan dorongan untuk kita.
Istilah “Makan Garam” itu tidak lekang di mulut mereka dalam berpesan sesuatu. Ianya gambaran yang jelas untuk kita Ikut.

Cara kita berfikir akan meletakkan diri kita sebagai penyimpan 1GRAM emas ATAU penyimpan 1KILO gram emas. 🥳🥳🥳

Kredit : #teamFairuzAziz


Anda juga dijemput ke channel telegram kami (sila klik di sini) untuk mendapatkan maklumat-maklumat serta ilmu-ilmu tentang pelaburan emas. Ianya percuma!! Jadi sila klik link untuk join channel secara percuma. 

Monday, 5 April 2021

EMAS DUIT TANPA SEMPADAN

Emas tetap berharga sekalipun dalam situasi peperangan dan krisis politik. Emas juga adalah duit tanpa sempadan masa dan negara.


Kita ambil contoh sewaktu peperangan yang panjang antara Vietnam dengan Amerika Syarikat dulu, ramai rakyat Veitnam terpaksa lari untuk menyelamatkan diri ke negara-negara jiran termasuk Malaysia. Ramai dari mereka yang sempat menukarkan harta mereka kepada kepingan-kepingan emas yang dikenali sebagai Vietnam Kim Thant (lihat dalam gambar di bawah).

Emas Vietnam atau dikenali sebagai Kim Thanh

Emas Kim Thant merupakan kepingan emas yang nipis dan mudah lentur untuk disorokkan di dalam jahitan baju-baju mereka. Dengan emas inilah mereka memulakan kehidupan baru di negara yang mereka pergi dengan menjual emas mereka kepada penduduk tempatan.


Dari kisah kejadian sebenar ini, kita boleh nampak fungsi emas sebagai duit tanpa sempadan. Ianya mudah dibawa kemana-mana dan mudah dicairkan semula bila diperlukan. Kita tidak mengharapkan peperangan akan berlaku di negara kita, menjadikan emas sebahagian dari aset simpanan kita adalah sesuatu yang sangat baik. Andai nanti dalam keadaan ketidaktentuan politik dan ekonomi, emas simpanan kita dapat membantu kita membeli keperluan harian. Insyaallah.


Anda ingin mula menyimpan emas tapi tiada budget yang banyak? Kini, semua orang boleh simpan emas dengan Gold Accumulation Program (GAP) dari Public Gold. Hubungi saya untuk saya bantu anda mendaftar akaun GAP atau klik disini untuk mendaftar sendiri.


Rekayasi dari #BukuWangEmas

Ar-Rahnu, Tempat Orang Yang Tiada Duit??

Bila kita sebut Ar-Rahnu, kebanyakan dari kalangan kita akan berfikiran kolot dan mengatakan bahawa, Ar-Rahnu ialah tempat bagi orang yang k...