Thursday 18 March 2021

Zakat Emas dan Duit Simpanan

Membayar zakat ialah kewajiban kita semua orang Islam. Allah dan RasulNya mewajibkan kepada semua ummat Islam untuk membayar zakat apabila sudah layak iaitu cukup nisab dan khaulnya. Antara respon yg agak pelik pada saya apabila mengajak orang menyimpan emas ialah "simpan emas nanti kita kena zakat!". 😅


Saya tidak rasa persoalan ni patut timbul sama sekali kerana wang simpanan yang anda ada di bank mahupun di mana-mana tempat simpanan anda wajib dizakatkan bila cukup nisab & khaulnya. Malah, nisab wajib berzakat bagi wang simpanan pun sama nilai dgn 85gram nilai emas (had nisab di Selangor). Anda boleh periksa nisab zakat emas di negeri-negeri lain juga kerana ia sedikit berbeza. Jadi kenapa bila tiba tentang menyimpan emas sahaja kita baru terfikir tentang ZAKAT? 😅



Bezanya antara menyimpan emas dan wang ringgit ialah, anda tukarkan duit anda pada bentuk/aset yg lebih baik, yg kekal nilainya dan kalis inflasi. Kewajiban berzakat tetap sama. Jadi kenapa takut meyimpan emas?

Membayar zakat diwajibkan pada kita orang Islam bila kita dikategorikan "mampu" atau "kaya". Tak perlu rasa terbeban jika anda telah diwajibkan berzakat. Ia bermakna anda telah "mampu" dan "kaya" kerana sebahagian duit kita adalah milik saudara-saudara kita yang lain yang mungkin tidak mampu seperti kita.

InsyaAllah, dengan asbab kita membayar zakat Allah, pasti akan tambahkan rezeki kita berlipat kali ganda. 🙂

Anda belum ada akaun simpanana emas dengan Public Gold? Nak daftar akaun Gold Accumulation Program (GAP) dan menyimpan emas sedikit demi sedikit? Anda boleh terus daftar di sini.

1 comment:

  1. Glad to chat your blog, I seem to be forward to more reliable articles and I think we all wish to thank so many good articles, blog to share with us. sadaqah

    ReplyDelete

Tips Pelaburan Silver

Seperti sedia maklum, PG juga memberi peluang anda menyimpan dan melabur silver/perak. Ini panduan ringkas kalau nak melabur dalam silver: (...