Friday 12 March 2021

Untung Menyimpan Emas Ni Macam Mana?

Tujuan utama kita simpan emas ni adalah untuk menyelamatkan nilai simpanan kita dari terus susut disebabkan oleh inflasi. 

Kuasa beli RM1000 pada tahun 2000 tak sama kuasa beli dengan tahun 2010 dan 2020. Dari tahun ke tahun nilainya semakin susut. Menurut pakar kewangan seperti Robert Kiyosaki, “Nilai wang kertas pasti akan susut dalam jangka masa panjang.” 


Sebab itu dalam buku tulisannya iaitu “Guide to Invest in Physical Gold and Silver” beliau menyebut, “Keeping gold is to preserve our money value from inflation."

Saya bagi contoh, 10 tahun lepas kita dapat membeli rumah teres 2 tingkat dengan harga RM200,000. Tapi pada tahun 2021, RM200,000 yang sama kita hanya dapat membeli sebuah apartment kecil sahaja. Itu pun kalau dapat la.. Tapi jika di ukur dengan emas , nilainya kekal walaupun berpuluh-puluh tahun berlalu. Nilai aset hartanah jika diukur dengan emas ia adalah lebih stabil. 

Saya beli rumah semi-d setingkat di Sepang berharga RM280,000 pada tahun 2011. Jika kita ‘convert’ kepada gram emas pada masa itu, ia bersamaan 2 kilogram emas. Hari ni tahun 2021, harga rumah saya sudah mencecah RM500,000 (baru lepas verify dengan valuer bank sebab plan nak buat refinance). 😊

Surprisingly, jika ditukar kepada gram emas (ambil purata tahun ni lebih kurang RM250) ia bersamaan 2 kilogram emas juga. Stabil!! 😊 


Sebab itu kalau kita simpan emas, jangan fokus pada harga tapi lihat berapa gram berjaya disimpan. Dan pastikan matlamat simpan itu jelas. Simpan harini, bukan nak jual esok. Kalau semua simpanan untuk jual, apa lagi yang kita boleh dapat simpan nanti.

Belum ada Akaun Gold Accumulation Program (GAP)? Anda boleh hubungi saya untuk saya bantu anda mendaftar atau anda boleh daftar sendiri disini.

No comments:

Post a Comment

Tips Pelaburan Silver

Seperti sedia maklum, PG juga memberi peluang anda menyimpan dan melabur silver/perak. Ini panduan ringkas kalau nak melabur dalam silver: (...