Wednesday 11 May 2022

EMAS TAK ADA DIVIDEN. RUGI SIMPAN EMAS?

Statement : Emas adalah aset tidur. Baik simpan kat institusi yang bagi dividen 6% setahun selama 20 tahun berbanding simpan emas? 

Fakta dan nombor : Emas adalah aset tidur yang bila dijagakan selepas 20 tahun akan melebihi pulangan dividen 6% setahun. Tok sah nafi, jom tengok dari sudut nombor.


‼️ Kira-kira : Harga 1kg (1,000 gram) emas pada 20 tahun lepas berkadar RM35,000. Harga 1kg emas hari ni berkadar RM287,000. 

✅ kenaikan emas 720% selama 20 tahun.

‼️ Jika RM35,000 yang sama simpan dalam institusi bagi pulangan 6% selama 20 tahun? Compounding menjadikan nilai hari ini RM112,249.

✅ kuasa compounding dividen adalah 220% selama 20 tahun.

1) Pulangan emas = 720%

2) Pulangan dividen = 220%


Mana lebih baik?

PELABUR YANG COOL, tak mudah gelabah itik. Kerana mereka berpengalaman dan tahu fungsi emas dan fungsi wang tunai yang bagi dividen adalah berbeza.

🌹 emas mengekalkan kuasa beli dan mengelak kebocoran. Wang tunai di institusi boleh dibelanja secara harian dengan lebih mudah.

🌹 kecairan emas boleh amik masa 15 minit ke 3 hari. Wang tunai? Instant. Nak sekarang, sekarang boleh guna dan habis.

🌹 emas disandarkan pada berat dan ketulenannya. Wang tunai bersandar kepada jaminan kerajaan yang jika kerajaan runtuh, korupsi dan bangang - wang tunai berisiko jahanam.

🌹 emas universal currency dan boleh digunakan di seluruh dunia. Wang tunai penggunaan terhad kepada geografi negara dan tertakluk kepada kerajaan selagi belum lingkup.

🌹 emas ada dua pilihan nak dibelanjakan samada jual atau ar rahnu pastu tebus semula. Wang tunai guna je sampai licin dan ucap SELAMAT JALAN ROMEO.

🌹emas beraksi dengan baik dalam keadaan extreme cam peperangan, bencana alam. Wang tunai beraksi dengan baik jika kerajaan cerdik.

🌹 emas tak akan jadi nilai sifar atau negatif. Wang tunai boleh menjadi sifar atau negatif (terutamanya kalau kerajaan runtuh, korupsi dan bangang)

🌹 emas kena bayar zakat jika cukup uruf dan haul. Wang tunai pun tetap kena bayar zakat jika cukup syaratnya.

🌹 emas ada spread (susut nilai) sebab itu elak simpan emas perhiasan tetapi simpanlah emas pelaburan kerana spread maksima HANYA 9% bagi keseluruhan simpanan. Wang tunai? Dengan anggaran purata inflasi tahunan 3% jika peram wang tunai selama 20 tahun bermakna inflasi (susut nilai wang tunai) berkadar 60%. 

🌹 Ketika mula diserang Russia, Ukrain telah meningkatkan simpanan emasnya berkali ganda hanya dalam tempoh seminggu sahaja. Ukrain gigih bina simpanan emas dan tak de gelabah itik cetak wang kertas banyak-banyak ketika perang.

🌹 US yang merupakan kuasa besar dunia adalah antara pemegang rizab emas terbesar di dunia. Dalam konsep universal, who have gold, he is king with superpower. Russia dan China juga pemilik emas yang sangat banyak.

Banyak lagi kalau nak bandingkan antara emas dengan dividen wang tunai. Tapi saya malas nak taip. 


Soalan : mana yang lebih baik? Simpan emas atau simpan wang tunai di institusi yang bagi dividen 6%? 

Jawapan : Firstly - dua-dua baik jika kita cerdik. Emas simpan jangka melebihi tiga tahun ke atas. Wang tunai simpan bagi kegunaan harian. 


Yang penting? 

PELABUR YANG BERILMU tidak akan memburukkan cabang lain sebab tidak ada cabang sempurna. Setiap cabang saling melengkapi.

Diversify and leverage adalah strategi paling mampan dalam soal simpanan / pelaburan. 

Bila nak kaji tentang emas perlu jadi penyimpan emas tegar. Bukan setakat baca pergerakan harga emas dalam USD. Ini panggil sembang atas kertas bukan atas pengalaman peribadi.

Kita dok Malaysia, beli emas dalam RM. Walaupun harga emas melalui USD turun, jika matawang RM melemah tetap harga emas naik. 

So? Setakat baca graf bukanlah pengalaman sebenar dalam simpanan emas.


Btw, jika harga emas turun? Lagilah bagus! 

Kita dapat merendahkan kadar pemurataan harga. Dapat banglo pada harga Semi-D, sapa tak suka? Barang mahal pada harga diskaun!

Macam biasa, sembang panjang-panjang kalau korang tak ambik tindakan TAK GUNA JUGA. Dan yang penting jangan sembang bab emas dengan BUKAN penyimpan emas tegar.

Tips Pelaburan Silver

Seperti sedia maklum, PG juga memberi peluang anda menyimpan dan melabur silver/perak. Ini panduan ringkas kalau nak melabur dalam silver: (...