Thursday 1 April 2021

Cara Mulakan Pelaburan Emas Dengan Modal Kecil

Kelebihan pelaburan emas ialah, kita boleh mula dengan modal kecil. Kalau ada bajet sekitar RM100 sebulan pun dah boleh mula menyimpan emas. Bagi saya, yang penting mulakan dulu dengan modal kecil. Bila dah mula, baru cepat faham ilmu pelaburan emas. Bila dah mula, baru faham bila harga emas tinggi ataupun rendah. Selagi belum mula, kekadang nak explain pun susah. Lambat sikit faham berbanding orang yang dah bermula.

Bagi yang nak mulakan pelaburan emas dengan modal kecil, mungkin anda boleh pertimbangkan salah satu daripada cara ni;

#1 – Beli Emas Secara GAP
Sekarang, Public Gold sediakan alternatif terbaru penyimpanan emas yang diberi nama Gold Accumulation Program (GAP). Ia memudahkan kita menyimpan emas walaupun dengan modal hanya RM100. Ini kaedah simpan emas paling mudah buat masa ini di Malaysia.

Halaman utama Gold Accumulation Program (GAP)


#2 – Beli Gold Bar 1 Gram
Selain gold bar 1 gram keluaran Public Gold, boleh juga beli gold bar 1 gram yang ada di pasaran. Harganya sekitar RM300 – RM350. Mulakan dengan gold bar 1 gram jenama lain pun boleh, tapi secara jujurnya, saya tak galakkan sebab kebanyakkan gold bar 1 gram jenama selain Public Gold, harga per gramnya mahal, dan susut nilainya tinggi.

Contoh 1gram PublicGold Special Edition Mekah


#3 – Beli Syiling Emas 1 Dinar
Kalau ada bajet dalam sekitar RM1000 – RM1200, boleh beli syiling emas 1 dinar (4.25 gram). Beli dan simpan sendiri. Syiling emas 1 dinar biasanya harga per gram lebih murah berbanding gold bar 1 gram. Ini disebabkan syiling 1 dinar dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan, sedangkan gold bar 1 gram biasanya dijual sebagai “item koleksi” ataupun sebagai “hadiah” -> harganya lebih mahal.

1 dinar (4.25 gram) Public Gold


Selain daripada faktor itu, ada byk lagi kelebihan kenapa saya syorkan Public Gold kalau anda nak melabur emas di Malaysia. Jangan percaya cakap saya sebab saya adalah dealer Public Gold, cuma apa yang boleh saya katakan, siapa yang nak buat pelaburan emas fizikal di Malaysia tetapi dia tak tahu tentang kelebihan Public Gold, itu sudah satu kerugian besar!

Ingin mula menyimpan emas tapi tiada budget besar? Jangan risau kerana anda boleh mulakan dengan akaun Gold Accumulation Program (GAP) serendah RM100 sahaja. Kumpul gram emas anda dan boleh keluarkan emas fizikal. Sila hubungi saya untuk mendaftar akaun GAP atau anda boleh juga mendaftar sendiri di link ini.

No comments:

Post a Comment

Tips Pelaburan Silver

Seperti sedia maklum, PG juga memberi peluang anda menyimpan dan melabur silver/perak. Ini panduan ringkas kalau nak melabur dalam silver: (...