Beli Emas

Anda boleh memiliki emas Public Gold dengan 3 cara:



1. Full payment purchase

Anda boleh membuat bayaran penuh dari website Public Gold, kemudian buat temujanji untuk megambil emas anda di cawangan pilihan anda. Anda juga ada pilihan untuk menggunakan khidmat Gold In Transit (GIT) iaitu kurier berinsuran untuk penghantaran emas anda ke alamat anda.


2. Shariah Easy Payment Purchase (EPP)

Kepada yang tiada modal untuk membuat bayaran penuh, anda juga boleh membeli emas Public Gold dengan menggunakan cara ansuran patuh shariah iaitu Easy Payment Purchase (EPP). Dengan cara ini, anda boleh memiliki emas anda sama ada dinar, gold bar dengan membuat bayaran sebanyak 4/10 kali. Harga emas akan dikunci 'lock' ketika mula-mula anda setuju untuk beli dan buat pembayaran untuk bulan pertama. Emas yang anda beli akan boleh diambil setelah bayaran terakhir dijelaskan.

Untuk cara EPP ini, anda secara tidak langsing akan mempunyai komitmen bulanan untuk membayar. Ianya bagus kerana ia akan memaksa anda untuk menyimpan secara konsisten. Namun, sekiranya anda tidak dapat commit untuk bayaran bulanan tersebut, kaedah ini tidak digalakkan kerana pembatalan EPP akan dikenakan caj penalti sebanyak 5% dari harga keseluruhan emas belian anda.


3. Pengeluaran dari akaun Gold Accumulation Program (GAP) anda. 

Cara ini adalah cara yang paling popular bagi kebanyakan orang. Akaun Gold Accumulation Program (GAP) membolehkan anda untuk menyimpan gram emas sedikit demi sedikit di dalam akaun. Minimum pembelian atau topup gram emas anda hanyalah RM100 dan tiada syarat wajib untuk anda topup setiap bulan. 

Setelah gram emas terkumpul anda telah banyak. Anda boleh membuat pengeluaran emas fizikal mengikut pilihan anda. Emas boleh dituntut di cawangan Public Gold berhampiran anda atau terus melalui GIT Withdrawal dan dihantar ke rumah anda.

Diantara ketiga-tiga cara ini, cara GAP adalah cara yang paling popular dan mesra 'rakyat marhean' kerana GAP memberi peluang kepada semua orang untuk menyimpan emas tanpa modal yang besar. Anda hanya perlu menyimpan minimum RM100 sebulan atau letak target 1gram sebulan untuk memiliki emas fizikal idaman anda. Namun, pengeluaran fizikal tidaklah wajib. Kepada mereka yang lebih selesa dan rasa selamat emas mereka di simpan di akaun GAP Public Gold, anda boleh terus menyimpan di akaun GAP tanpa ada apa-apa caj tambahan. Menarik bukan? 😉 Anda juga berpeluang untuk membuka akaun simpanan junior untuk anak-anak anda yang di bawah umur 18 tahun. 

Kepada anda yang ingin mendaftar akaun Gold Accumulation Program (GAP), anda boleh terus daftar di sini

No comments:

Post a Comment

Tips Pelaburan Silver

Seperti sedia maklum, PG juga memberi peluang anda menyimpan dan melabur silver/perak. Ini panduan ringkas kalau nak melabur dalam silver: (...