Wednesday, 10 March 2021

Emas vs Duit

Duit kertas tidak sesuai untuk dijadikan sebagai simpanan jangka panjang sebabnya ia tidak mampu menyimpan nilai (kuasa beli). Ia hanya sesuai untuk transaksi jual beli sahaja.

Bagi siapa yang nak memulakan simpanan emas dengan bajet serendah RM100, boleh terus daftar disini.

RM50 hari ini sudah pasti tidak mampu untuk membeli barang yang sama 10 tahun akan datang disebabkan kuasa belinya semakin susut.
Kalau nak simpan duit kertas, simpan dalam jumlah yang cukup untuk digunakan dalam masa terdekat atau simpanan untuk hal kecemasan sahaja.



Selebihnya, simpan dalam bentuk aset fizikal yang mampu menyimpan nilai jangka panjang seperti emas, perak, tanah ataupun hartanah. Aset fizikal begitu, kita tidak perlu risau tentang nilainya sebab ia bukan sekadar nombor yang tertulis di atas kertas tetapi pada barangnya. Ia dapat dilihat, dipegang dan disentuh secara fizikal. Dan harganya makin meningkat dalam jangka panjang melebihi kadar inflasi.
Kalau menurut teori #1dinar1ekorkambing, apa yang mampu dibeli oleh 1 gram emas hari ini, ia tetap akan mampu dibeli dengan emas yang sama 10 tahun akan datang. Emas terbukti mengekalkan kuasa beli sejak lebih 1,400 tahun yang lampau. Ia berbeza dengan duit kertas.
Duit kertas yang disimpan di bank, walaupun nombornya bertambah setiap tahun dengan pembahagian dividen, hakikatnya kuasa belinya semakin berkurangan disebabkan inflasi. Bahkan menjadi lebih teruk jika diambil faktor kejatuhan ringgit. Contohnya apa yang berlaku pada tahun 2015, meskipun dividen sekitar 5 hingga 8 peratus setahun, tetapi ringgit jatuh sekitar 30 peratus setahun yang menyebabkan harga barang dalam negara naik tidak kurang 10 peratus! Maksudnya nilai kekayaan kita semakin berkurangan walaupun nombor-nombor yang tercatat dalam akaun bank makin bertambah.
Jadi, apa sahaja simpanan untuk jangka panjang, kami percaya aset fizikal seperti emas lebih baik kerana nilai dan kuasa belinya terjamin.

Kredit : Tuan Mohd Zulkifli Shafie (Buku Wang Emas)

Nak daftar Akaun Gold Accumulation Program (GAP)? Anda boleh menyimpan sikit-sikit emas dalam akaun dan keluarkan emas fizikal. Hubungi saya atau terus daftar sendiri disini.

No comments:

Post a Comment

Semakin tunggu semakin mahal! Harga emas tak tunggu anda.

10 tahun lalu sekeping 10 dinar ini  berat 42.5 gram, berketulenan emas 999.9, hanya berharga   sekitar RM7,000.  Tetapi hari ni...