Pada tahun 2010, Kerajaan Kelantan ketika itu melancarkan Dinar Kelantan yang ditempah khas dari World Islamic Mint (WIM) Dubai. Kerajaan Kelantan pada ketika itu berhasrat untuk menjadikan dinar kelantan tersebut sebagai Mata Wang Syariah dengan hasrat mengembalikan fungsi emas sebagai medium transaksi seperti zaman Rasulullah SAW dan zaman-zaman kerajaan Islam terdahulu.
Monday, 22 March 2021
Dinar Kelantan
Sunday, 21 March 2021
Kesilapan Pertama Membeli Emas
Sebenarnya bila difikirkan semula, harga emas memang akan sentiasa mahal. Berapa pun harganya, orang akan tetap kata mahal. Emas akan jadi murah apabila orang kata, “Ruginya aku tak beli 10 tahun lepas, harganya masih murah..”. 😊 Emas memang dianggap mahal dan berharga sejak zaman berzaman. Tidak pernah ada satu zaman pun orang menganggap harga emas itu murah.
Jadi cara yang betul membeli emas ialah beli dahulu walaupun sekadar 1 gram dan konsisten, tidak kira berapa harga ketika itu. Fokus untuk banyakkan gram simpanan anda dan jangan sesekali tunggu harga rendah kerana anda tidak akan tahu bila harga akan rendah. Ada kalanya anda akan membeli semasa harga rendah dan ada kalanya ketika harga tinggi. Tidak mengapa kerana antara harga tinggi dan rendah, sebenarnya anda telah membeli dengan harga purata.
Sedarlah, kura-kura menang perlumbaan dengan arnab bukan kerana dia laju. Tapi kura-kura menang kerana dia konsisten. 😊
Nak daftar akaun Gold Accumulation Program (GAP) dan menyimpan emas sedikit demi sedikit bermula RM100 sahaja? Hubungi saya atau anda boleh daftar disini.
Anda juga dijemput ke channel telegram kami (sila klik di sini) untuk mendapatkan maklumat-maklumat serta ilmu-ilmu tentang pelaburan emas. Ianya percuma!! Jadi sila klik link untuk join channel secara percuma.
Rekayasi & ubahsuai dari #bukuwangemas
Thursday, 18 March 2021
Zakat Emas dan Duit Simpanan
Membayar zakat ialah kewajiban kita semua orang Islam. Allah dan RasulNya mewajibkan kepada semua ummat Islam untuk membayar zakat apabila sudah layak iaitu cukup nisab dan khaulnya. Antara respon yg agak pelik pada saya apabila mengajak orang menyimpan emas ialah "simpan emas nanti kita kena zakat!". 😅
Bezanya antara menyimpan emas dan wang ringgit ialah, anda tukarkan duit anda pada bentuk/aset yg lebih baik, yg kekal nilainya dan kalis inflasi. Kewajiban berzakat tetap sama. Jadi kenapa takut meyimpan emas?
Wednesday, 17 March 2021
Dapat Gaji, Bayar Diri Sendiri Dulu
Hari yang paling menggembirakan bagi yang bekerja makan gaji ialah hari gaji masuk.
Tuesday, 16 March 2021
Dah Terlambat Untuk Mula Menyimpan Emas?
Ada prospek yang saya dekati berkata, dah tua untuk mula menyimpan emas. Betul ke? Ada ke umur tertentu untuk kita sesuai menyimpan emas? Pada saya itu hanya pandangan skeptikal orang terhadap menyimpan emas walaupun mereka tahu emas aset simpanan berharga tak kira umur. Jika begitu, kenapa pula anda membeli hartanah dengan harapan harganya terus naik walaupun anda rasa anda sudah ‘senior’?
Friday, 12 March 2021
Untung Menyimpan Emas Ni Macam Mana?
Tujuan utama kita simpan emas ni adalah untuk menyelamatkan nilai simpanan kita dari terus susut disebabkan oleh inflasi.
Kuasa beli RM1000 pada tahun 2000 tak sama kuasa beli dengan tahun 2010 dan 2020. Dari tahun ke tahun nilainya semakin susut. Menurut pakar kewangan seperti Robert Kiyosaki, “Nilai wang kertas pasti akan susut dalam jangka masa panjang.”
Sebab itu dalam buku tulisannya iaitu “Guide to Invest in Physical Gold and Silver” beliau menyebut, “Keeping gold is to preserve our money value from inflation."
Saya bagi contoh, 10 tahun lepas kita dapat membeli rumah teres 2 tingkat dengan harga RM200,000. Tapi pada tahun 2021, RM200,000 yang sama kita hanya dapat membeli sebuah apartment kecil sahaja. Itu pun kalau dapat la.. Tapi jika di ukur dengan emas , nilainya kekal walaupun berpuluh-puluh tahun berlalu. Nilai aset hartanah jika diukur dengan emas ia adalah lebih stabil.
Saya beli rumah semi-d setingkat di Sepang berharga RM280,000 pada tahun 2011. Jika kita ‘convert’ kepada gram emas pada masa itu, ia bersamaan 2 kilogram emas. Hari ni tahun 2021, harga rumah saya sudah mencecah RM500,000 (baru lepas verify dengan valuer bank sebab plan nak buat refinance). 😊
Surprisingly, jika ditukar kepada gram emas (ambil purata tahun ni lebih kurang RM250) ia bersamaan 2 kilogram emas juga. Stabil!! 😊
Sebab itu kalau kita simpan emas, jangan fokus pada harga tapi lihat berapa gram berjaya disimpan. Dan pastikan matlamat simpan itu jelas. Simpan harini, bukan nak jual esok. Kalau semua simpanan untuk jual, apa lagi yang kita boleh dapat simpan nanti.
Belum ada Akaun Gold Accumulation Program (GAP)? Anda boleh hubungi saya untuk saya bantu anda mendaftar atau anda boleh daftar sendiri disini.
Wednesday, 10 March 2021
Emas vs Duit
Bagi siapa yang nak memulakan simpanan emas dengan bajet serendah RM100, boleh terus daftar disini.
Semakin tunggu semakin mahal! Harga emas tak tunggu anda.
10 tahun lalu sekeping 10 dinar ini berat 42.5 gram, berketulenan emas 999.9, hanya berharga sekitar RM7,000. Tetapi hari ni...
-
Mentor emas sentiasa berpesan. Bukan emas yang menjadikan sesiapa kaya, tetapi ilmu. Maka… Ketahui apa ketakutan kebanyakan penyimpan emas k...
-
Duit kertas tidak sesuai untuk dijadikan sebagai simpanan jangka panjang sebabnya ia tidak mampu menyimpan nilai (kuasa beli). Ia hanya sesu...
-
Membayar zakat ialah kewajiban kita semua orang Islam. Allah dan RasulNya mewajibkan kepada semua ummat Islam untuk membayar zakat apabila s...