Sebenarnya bila difikirkan semula, harga emas memang akan sentiasa mahal. Berapa pun harganya, orang akan tetap kata mahal. Emas akan jadi murah apabila orang kata, “Ruginya aku tak beli 10 tahun lepas, harganya masih murah..”. 😊 Emas memang dianggap mahal dan berharga sejak zaman berzaman. Tidak pernah ada satu zaman pun orang menganggap harga emas itu murah.
Jadi cara yang betul membeli emas ialah beli dahulu walaupun sekadar 1 gram dan konsisten, tidak kira berapa harga ketika itu. Fokus untuk banyakkan gram simpanan anda dan jangan sesekali tunggu harga rendah kerana anda tidak akan tahu bila harga akan rendah. Ada kalanya anda akan membeli semasa harga rendah dan ada kalanya ketika harga tinggi. Tidak mengapa kerana antara harga tinggi dan rendah, sebenarnya anda telah membeli dengan harga purata.
Sedarlah, kura-kura menang perlumbaan dengan arnab bukan kerana dia laju. Tapi kura-kura menang kerana dia konsisten. 😊
Nak daftar akaun Gold Accumulation Program (GAP) dan menyimpan emas sedikit demi sedikit bermula RM100 sahaja? Hubungi saya atau anda boleh daftar disini.
Anda juga dijemput ke channel telegram kami (sila klik di sini) untuk mendapatkan maklumat-maklumat serta ilmu-ilmu tentang pelaburan emas. Ianya percuma!! Jadi sila klik link untuk join channel secara percuma.
Rekayasi & ubahsuai dari #bukuwangemas
No comments:
Post a Comment