Anda jangan cepat tertipu dengan pelbagai skim cepat kaya bertopengkan emas di luar sana. Sebelum menyimpan atau melabur emas, anda perlu tahu cara yang betul menjana keuntungan dengan emas. Sebenarnya tiada teknik ajaib untuk cepat kaya dengan melabur emas. Kalaulah ada pihak yang menawarkan pulangan secara bulanan yang lumayan dengan kononnya menyimpan emas, ia pastinya 'scammer'.
Disini saya cuba kongsikan kepada anda, 2 cara pelaburan emas yang betul dan selamat.
Cara 1 : Beli dan simpan tanpa perlu hirau harga
Beli dan terus beli emas sebagai simpanan jangka panjang sama seperti membeli hartanah dengan matlamat harganya akan meningkat suatu hari nanti. Set matlamat simpanan anda contohnya 1 gram setiap bulan dan terus membanyakkan gram anda tanpa menghiraukan harga emas semasa. Dalam jangka masa panjang, harga emas akan meningkat dan sekiranya anda perlukan wang ketika itu, anda boleh jual semula atau pajak emas anda di Ar-Rahnu untuk pinjaman mudah. Sekiranya anda menjual semula emas, keuntungan anda adalah daripada kenaikkan harga emas itu sendiri.
Cara pelaburan ini adalah cara yang paling popular di kalangan penyimpan-penyimpan emas kerana ianya tiada risiko. Cara ini juga digunakan bagi mereka yang tidak mempunyai modal yang banyak. Mereka hanya set matlamat gram setiap bulan, atau menyimpan emas mengikut kemampuan masing-masing. Dengan akaun GAP contohnya, kita boleh menyimpan emas dengan serendah RM100 sahaja. Kita tidak perlu risau turun naik harga emas kerana matlamat simpanan ialah untuk memperbanyakan gram emas dalam jangka masa panjang. Yang paling penting setiap bulan, gram emas kita akan bertambah.
Ingat! Kura-kura menang perlumbaan dengan arnab bukan kerana dia laju, tetapi kerana kura-kura istiqomah dan konsisten. 😀
Cara 2 : Beli harga rendah dan Jual ketika harga tinggi (Gold Investor)
Tidak semua orang mampu melabur emas dengan cara ini kerana ianya memerlukan modal yang besar. Pelabur emas memerlukan modal sekitar RM30 ribu dan atas. Lebih banyak lebih baik kerana keuntungan mereka adalah dari margin kenaikan harga emas yang mereka beli. Bagi cara ini, anda perlu sentiasa alert dengan penurunan dan kenaikan harga emas. Apabila harga emas turun sekitar beberapa peratus, anda perlu membeli emas. Setelah itu, anda perlu berharap harga emas yang anda telah beli akan naik. Sebenarnya terdapat beberapa teknik untuk meramal penurunan dan kenaikan harga emas dunia. Ianya perlu anda belajari dan kuasai sebelum menjadi 'Gold Investor'.
Perlu diingat, untuk menjual semula emas dan mendapatkan keuntungan anda, anda perlu mengambil kira nilai spread / susut nilai yang dikenakan keatas jualan semula emas anda. Kita ambil contoh spread yang dikenakan oleh Public Gold untuk jualan semula emas ialah sekitar 6%-9% dari harga emas. Jadi, anda perlu pastikan peratus keuntungan anda adalah lebih tinggi dari peratus nilai spread yang dienakan sebelum menjual semula.
Sebagai contoh, Ahmad mempunyai modal pelaburan sebanyak RM50,000 dan ingin menjadi 'Gold Investor'.
Belian ketika (RM240/g) : 208.333gram
Jualan semula ketika (RM270/g) : 208.333 x RM270 = RM56,250
Spread / susut nilai (6%) : RM3,375
Nilai jualan semula selepas tolak spread/susut nikai : RM56,250 - RM3,375 = RM52,875
Untung bersih : RM2,875
*Lebih tinggi modal anda, lebih tinggi nilai keuntungan anda.
Sekiranya anda melabur emas dengan cara ini, pastikan keuntungan yang anda ambil hanyalah keuntungan bersih sahaja. Modal asal RM50,000 seperti contoh di atas perlu dilaburkan semula dengan membeli emas baru. Pastinya gram yang akan anda dapat selepas belian semula kedua akan berkurang kerana harga emas telah meningkat. Tiada masalah, yang penting anda perlu pastikan modal asal perlu sentiasa kekal dan hanya jual semula bila harga emas naik sekali lagi.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk pengetahuan anda, cara pelaburan kedua ini juga boleh digunakan dengan akaun Gold Accumulation Program (GAP). Platfrom dalam talian GAP membenarkan kita membeli dan menjual semula hanya di hujung jari sahaja. Ianya sangat memudahkan pelanggan dan pelabur-pelabur emas.
Kepada yang mahu mendaftar akaun Gold Accumulation Program (GAP), anda boleh daftar terus disini atau hubungi saya untuk bantuan pendaftaran dan keterangan lanjut.
Anda juga dijemput ke channel telegram kami (sila klik di sini) untuk mendapatkan maklumat-maklumat serta ilmu-ilmu tentang pelaburan emas. Ianya percuma!! Jadi sila klik link untuk join channel secara percuma.