Monday 12 April 2021

Masa beli emas harga tinggi. Sekarang harga rendah. Rugi?

Masa beli emas harga tinggi. Sekarang harga rendah pulak. Rugi?

“Saya tak boleh move ON bila tengok Harga emas sekarang sebab masa beli/mula Harga emas tinggi. Sekarang rendah pula”. Ini antara luahan hati daripada pelanggan kepada saya.

Sebenarnya tak salah untuk ada perasaan begitu. Sebagai manusia normal, pasti wujudnya perasaan #Down bila berada disituasi beli emas ketika Harga tinggi & Sekarang Harga rendah.
Perasaan “Rugi” itu timbul dalam diri.

Contoh 1dinar dan 10gram BungaMas gold bar.
Menyimpan emas adalah pelaburan jangka masa panjang.


Saudara/saudari,
Bila simpan emas, kita kena faham & jelas bahawa simpanan emas sesuai untuk jangkamasa yang panjang.
Jika hari ini kita beli dengan harapan untuk jual
Esok, maka jawapannya Tidak Sesuai. Berkemungkinan besar, kita akan rugi. Ya, kita Kena terima hakikat bahawa simpanan emas bukan begitu.

Jadi, sebelum atau selepas mula menyimpan emas, betulkanlah pemikiran kita.
Jadilah seperti nenek, moyang & mak kita Zaman dahulu. Walaupun tidak semudah sekarang untuk semak Harga, mereka tetap menyimpan emas dengan keyakinan bahawa emas sentiasa bernilai dalam apa juga keadaan dan situasi. Malah pemikiran mereka lebih Kepada untuk mewarisi emas kepada anak & cucu kerana mereka tahu nilai emas.

Tanya lah mereka,
“Antara Kereta & Emas, yang mana sepatutnya disimpan?”
Saya pasti jawapan mereka,
“Simpan Emas lahh cucu. Nenek makan garam dulu daripada Cucu”
Walaupun mereka “Orang Lama” tetapi pemikiran mereka jauh lebih bagus daripada kita “Orang Baru”.

Kawan-kawan,
Ada ketikanya kita Kena ambil Iktibar & Nasihat daripada mereka yang lama sebagai panduan dan dorongan untuk kita.
Istilah “Makan Garam” itu tidak lekang di mulut mereka dalam berpesan sesuatu. Ianya gambaran yang jelas untuk kita Ikut.

Cara kita berfikir akan meletakkan diri kita sebagai penyimpan 1GRAM emas ATAU penyimpan 1KILO gram emas. 🥳🥳🥳

Kredit : #teamFairuzAziz


Anda juga dijemput ke channel telegram kami (sila klik di sini) untuk mendapatkan maklumat-maklumat serta ilmu-ilmu tentang pelaburan emas. Ianya percuma!! Jadi sila klik link untuk join channel secara percuma. 

No comments:

Post a Comment

Semakin tunggu semakin mahal! Harga emas tak tunggu anda.

10 tahun lalu sekeping 10 dinar ini  berat 42.5 gram, berketulenan emas 999.9, hanya berharga   sekitar RM7,000.  Tetapi hari ni...