Tuesday 16 March 2021

Dah Terlambat Untuk Mula Menyimpan Emas?

Ada prospek yang saya dekati berkata, dah tua untuk mula menyimpan emas. Betul ke? Ada ke umur tertentu untuk kita sesuai menyimpan emas? Pada saya itu hanya pandangan skeptikal orang terhadap menyimpan emas walaupun mereka tahu emas aset simpanan berharga tak kira umur. Jika begitu, kenapa pula anda membeli hartanah dengan harapan harganya terus naik walaupun anda rasa anda sudah ‘senior’?

Belum ada akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP)? Sila daftar di sini.



Kalau dibandingkan emas dengan hartanah, emas ialah aset mudah alih dan mudah cair yang paling berharga. Berapa lama anda boleh cairkan aset hartanah anda? Seminggu? Sebulan? 2 bulan?. Mungkin memakan masa setahun! Dengan emas, anda boleh bawa ia kemana-mana walaupun ke luar negara, jual di hampir semua kedai emas atau pajakkan di arrahnu untuk mendapatkan wang dengan kadar segera. Anda boleh buat begitu dengan aset hartanah anda?
Tidak salah untuk melabur dalam hartanah. Malah hartanah juga adalah salah satu cabang pelaburan yang baik. Namun, dari aspek ‘mampu beli’ emaslah yang paling ramai orang mampu beli. Anda pernah dengar orang membeli hartanah sekaki persegi sahaja? Tidak pernah bukan? Untuk membeli sebuah hartanah sahaja, anda perlukan ratusan ribu ringgit dan perlu membuat pinjaman bank sekurang-kurangnya. Ia satu proses yang agak panjang dan rumit. Belum diambil kira masalah sekiranya developer bankrup dan rumah lambat siap!


Jadi, menyimpan emas dikala ‘senja’ juga tidak ada salahnya. Malah, anda boleh wariskan emas-emas anda kepada waris anda. Seperti saya katakan, ianya lebih mudah dicairkan untuk diwasiatkan kepada waris-waris anda dengan lebih murah. Bayangkan berapa lama masa diperlukan untuk mencairkan hartanah untuk diwasiatkan kepada anak-anak yang ramai? Di akaun GAP Public Gold, anda juga boleh letakkan terus penama untuk simpanan emas yang anda ada.
Akhirnya, Rasulullah juga pernah bersabda dalam satu hadith sahih yang agak panjang yang sebahagiannya bermaksud:
“..Sesungguhnya jika engkau meninggalkan waris engkau dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta kepada manusia..”
[Sahih al-Bukhari]
Jom buka akaun emas Gold Accumulation Program (GAP) dan anda berpeluang menyimpan emas sedikit demi sedikit bermula dengan RM100 sahaja. Boleh keluarkan emas fizikal dan ianya Patuh Shariah. 🙂

Klik disini untuk maklumat lanjut tentang Gold Accumulation Program (GAP).

Nak daftar akaun Gold Accumulation Program (GAP) dan menyimpan emas sedikit demi sedikit? Anda boleh daftar terus di sini.

No comments:

Post a Comment

Semakin tunggu semakin mahal! Harga emas tak tunggu anda.

10 tahun lalu sekeping 10 dinar ini  berat 42.5 gram, berketulenan emas 999.9, hanya berharga   sekitar RM7,000.  Tetapi hari ni...