Pernahkah anda terfikir untuk membeli segulung tisu tandas dengan harga RM45.00? Atau mampukah anda membeli ayam dengan harga RM230.00 seekor? Terbayangkah anda harga hidangan set McDonald meal dengan harga hampir RM300.00 iaitu kira-kira 17,500,000.00 bolivar?? Gila bukan? Tapi inilah apa yang rakyat negara Venezuala hadapi ketika ini. Mereka sedang dilanda Hyperinflasi.
Kesan Inflasi di Venezuela
Sebenarnya keadaan hyperinflasi seperti pernah berlaku di beberapa negara lain sebelum ini contohnya Zimbabwe, Sudan dan Suriname. Namum penganalisis ekonomi menjangkakan, negara Venuzueala akan menghadapi Hyperinfalsi yang paling teruk di dunia iaitu inflasi menjangkau 1,000,000%! Ye, anda tidak salah baca.. 1 juta peratus iaitu kadar inflasi yang paling tidak masuk akal dan paling tinggi dalam sejarah dunia.
Kadar inflasi yang mengila ini menyebabkan terlalu ramai rakyat Venuzuela hidup di bawah paras kemiskinan hinggakan duit gaji yang mereka dapat untuk sebulan tidak mampu membeli walaupun segulung tisu tandas apatah lagi untuk membeli seekor ayam untuk hidangan makan mereka. Sedih bukan? Keadaan ini menyebabkan ramai di antara rakyat Venezuala bertukar kepada sistem barter yang mana mereka menukar bahan makanan dan bahan-bahan yang diperlukan di antara satu sama lain. Kebanyakan syarikat yang masih mengaji pekerja juga menukarkan upah yang diberikan kepada pekerja mereka dengan bahan makanan dan keperluan harian, bukan lagi dibayar dengan duit.
Sekiranya mereka ada duit sekalipun, untuk membeli segulung tisu tandas, anda perlu membawa kepingan duit kertas yang seberat 2.7kg!!
Duit kertas seberat 2.7kg diperlukan untuk membeli segulung tisu! |
Punca hyperinflasi
Venezuala adalah antara negara pengeluar minyak di dunia yang juga merupakan sumber ekonomi utama negara mereka. Namun kejatuhan harga minyak dunia menekan Venezuala hinggakan pendapatan negara tidak dapat membayar hutang-hutang yang ada. Dianggarkan sebanyak 55 billion hutang Venezuala dengan Bank Dunia perlu dibayar dengan mana nilainya telah meningkat berkali ganda dalam USD. Ini menyebabkan kerajaan terpaksa mencetak lebih banyak wang kertas untuk cuba membayar hutang dan penghasilan wang kertas yang banyak ini menyebabkan masalah inflasi yang serius.
Keadaan inflasi juga semakin parah dengan dasar-dasar ekonomi kerajaan Venezuala yang pelik dan tidak membantu dalam menaikkan ekonomi rakyat negara itu.
Apa yang kita boleh belajar?
Kita memang tidak dapat meramal masa depan. Tiada siapa tahu apa akan berlaku pada masa depan, namun kita boleh bersedia dari awal sekiranya nasib tidak menyebelahi kita pada masa akan datang. Anda boleh bersedia dengan mula menyimpan emas sikit demi sedikit. Emas terbukti menyimpan nilai duit anda sepanjang zaman (boleh baca artikel-artikel saya yang lepas). Jika ditakdirkan paras inflasi naik menggila suatu ketika nanti, emaslah yang akan menjadi penyelamat anda. Jika ianya tidak berlaku sekalipun, anda bukan saja rugi, anda secara tidak langsung akan menjadi 'orang kaya' tanpa sedar. Ingat! Kekayaan anda dalam bentuk wang ringgit (wang kertas) tidak akan kekal dan bernilai. Tapi jika kekayaan anda dalam bentuk emas, ianya akan kekal walaupun kemana anda bawa.
Jom simpan emas sikit-sikit
Sekiranya anda berminat untuk menyimpan emas sedikit-demi sedikit bermula hanya RM100 sahaja, anda boleh hubungi saya disini. Anda juga boleh terus mendaftar terus percuma disini dan hubungi saya untuk menerima panduan tentang cara-cara simpanan emas ini.
No comments:
Post a Comment