Sunday 30 May 2021

Ar-Rahnu, Tempat Orang Yang Tiada Duit??

Bila kita sebut Ar-Rahnu, kebanyakan dari kalangan kita akan berfikiran kolot dan mengatakan bahawa, Ar-Rahnu ialah tempat bagi orang yang kesempitan duit dan mereka perlukan pinjaman wang segera. Tapi sedarkah anda, mereka yang pergi ke Ar-Rahnu itu ialah mereka yang sebenarnya kaya. Ya... mereka kaya dengan EMAS! 

Untuk meminjam wang segera dari Ar-Rahnu atau mana-mana pusat pajak gadai Islam, peminjam perlu menyerahkan emas mereka sebagai cagaran. Mereka akan diberikan pinjaman 60% - 90% dari nilai marhum emas yang mereka ada. Ini bermakna, sekiranya anda tidak ada emas di tangan, anda jangan bermimpi untuk meminjam wang dari Ar-Rahnu. Itu kenyataan.


Antara Ar-Rahnu yang menerima emas Public Gold tanpa banyak soal. 
Malah sesetengah dari Ar-Rahnu ini tidak akan membuka seal plastik emas Public Gold anda. 

Kaedah pinjaman ini sebenarnya telah lama dipraktikkan oleh atuk nenek kita sejak dulu, cuma persepsi masyarakat terhadap mereka yang pergi ke Ar-Rahnu sukar untuk diubah. Kita juga perasan, emak, atuk & nenek kita biasanya suka menyimpan emas kerana meraka tahu yang emas ialah aset yang sangat berharga. Bayangkan ketika awal tahun 90an, emas ketika itu hanya sekitar RM30/gram. Jika nenek anda mewariskan emas tersebut kepada ibu anda, dan ibu anda pula sekarang telah mewariskannya kepada anda, anda boleh kira semula nilai emas tersebut jika dibandingkan dengan 20 atau 30 tahun yang lalu.

Barang kemas 999 - Gambar ikhsan Pak Google

Di musim PKP ini, saya melihat banyak pusat-pusat Ar-Rahnu diserbu oleh penyimpan-penyimpan emas. Dari satu sudut, ia adalah sesuatu yang baik kerana kita tahu yang sebenarnya ramai dari kita yang menyimpan aset emas yang berharga. Tidak dinafikan, simpanan emas adalah untuk jangka masa panjang, namum salah satu sebab lain untuk menyimpan emas ialah sebagai dana kecemasan. 

Anda masih belum ada dana kecemasan? Dana kecemasan perlu disediakan oleh setiap orang sekurang-kurangnya 3 bulan dari jumlah gaji kita. Nampak sukar? Kita akan nampak iainya sangat sukar dilaksanakan kerana biasanya kita akan menyimpan dana kecemasan dalam bentuk wang tunai. Itu taktik yang sangat salah kerana wang tunai akan menyebabkan anda lebih boros berbelanja. Bila anda nampak duit anda banyak, macam-macam dalam fikiran untuk ditukar walaupun ianya bukan keperluan. Tapi sekiranya anda menyimpan dana kecemasan anda dalam bentuk emas, ianya sangat berbeza. Emas ada daya tarikan dan aura untuk anda menampak simpanan dari semasa ke semasa. Setiap manusia memang akan ada naluri sayangkan emas dan dalam masa yang sama, anda sebenarnya menyelamatkan nilai duit simpanan anda dari dimamah inflasi. Harga emas? Terus naik.. naik.. dan naik. Itulah kelebihan menyimpan emas. 

Sekiranya anda berminat untuk membeli emas pelaburan 999 atau anda ingin mulakan simpanan emas dengan hanya RM100 sahaja, anda boleh hubungi saya. Akaun Gold Accumulation Program (GAP) adalah akaun simpanan emas patut shariah yang pertama di Malaysia dan anda boleh menyimpan emas sedikit demi sedikit dan anda boleh keluarkan emas fizikal jika mahu.

Jom!! Jangan tunggu lagi kerana harga emas tidak akan menunggu anda...


No comments:

Post a Comment

Tips Pelaburan Silver

Seperti sedia maklum, PG juga memberi peluang anda menyimpan dan melabur silver/perak. Ini panduan ringkas kalau nak melabur dalam silver: (...