Wednesday, 19 May 2021

Inflasi, Pencuri Terbesar Tanpa Kita Sedari

Inflasi. Ramai orang tidak sedar peranan inflasi dalam 'mencuri' nilai duit kita. Tapi semua dari kita perasan semua harga barang akan naik harga dari tahun ke tahun. Kos pendidikan naik, harga rumah naik, harga barang keperluan harian naik. Tapi kenapa?



Saya pasti jika anda dilahirkan sekitar 80an, anda pernah merasa membeli gula-gula 3/5 biji sepuluh sen sahaja. Makan mi goreng di kantin sekolah dengan hanya 20sen sepinggan. Bekalan duit belanja ke sekolah cukup sekadar 30 sen sahaja sehari. Berapa mewahnya anda rasa jika ada RM1 di tangan. Tapi itu tinggal kenangan bukan?

Masih segar dalam ingatan saya, membantu arwah ayah menoreh getah dan menanam nenas. Hasil penjualan getah 'beku' hanya sekitar 10sen - 20sen sekilogram. Hasil kebun nenas pula, hanya dibeli oleh peraih sekitar 5sen sebiji. Bayangkan penjualan 1000 biji nenas yang diusahakan selama berbulan-bulan hanya mendapat pulangan RM50 sahaja. Anda boleh bayangkan? 

Tapi semuanya sangat berbeza ketika itu. Walaupun angkanya nampak kecil ketika itu, tapi nilainya masih besar. Dengan hasil itulah kami adik beradik dibesarkan. Alhamdulillah cukup hingga kami sampai ke universiti. Kos kehidupan ketika itu sangat rendah hinggakan jika anda ada RM10 di tangan, ia adalah nilai yang sangat besar! Anda bandingkan jika anda ada RM10 di tangan sekarang, apa yang anda boleh beli dengan RM10?

Saya selalu beri contoh mudah tentang kambing. Pada sekitar tahun 2017, anak lelaki sulong saya lahir dan ketika itu untuk membuat aqiqah beliau, saya perlukan modal RM550 untuk seekor kambing. Jika kita lihat harga seekor kambing pada hari ni, ia telah menjangkau RM1000 hingga ke RM1200 seekor mengikut berat. Kenapa ianya berlaku? Itulah inflasi. Inflasi mencuri nilai duit anda! Walaupun anda nampak nombornya lebih banyak, tapi nilai semakin sedikit. 




Bagaimana anda nak kekalkan nilai duit anda? Cara paling mudah dan senang ialah dengan menukar duit anda kepada emas. Atau dengan kata lain, anda perlu menyimpan emas. Emas terbukti aset yang boleh mengekalkan kekayaan anda zaman berzaman. Tanyalah atuk nenek anda, semasa mereka masih muda berapa harga emas ketika itu dan bandingkan dengan harga sekarang! :)

Bagi anda yang ingin mulakan simpan emas sedikit demi sedikit tetapi patuh shariah anda boleh mendaftar akaun Gold Accumulation Program (GAP), anda boleh daftar terus disini atau hubungi saya untuk bantuan pendaftaran dan keterangan lanjut.

Anda juga dijemput ke channel telegram kami (sila klik di sini) untuk mendapatkan maklumat-maklumat serta ilmu-ilmu tentang pelaburan emas. Ianya percuma!! Jadi sila klik link untuk join channel secara percuma. 

No comments:

Post a Comment

Semakin tunggu semakin mahal! Harga emas tak tunggu anda.

10 tahun lalu sekeping 10 dinar ini  berat 42.5 gram, berketulenan emas 999.9, hanya berharga   sekitar RM7,000.  Tetapi hari ni...