Tuesday 16 August 2022

Tips Pelaburan Silver

Seperti sedia maklum, PG juga memberi peluang anda menyimpan dan melabur silver/perak. Ini panduan ringkas kalau nak melabur dalam silver:



(1) Harga silver lebih volatile (tak stabil)
Dari sudut pergerakan harga, bila emas naik, silver akan naik 2, 3 kali ganda lebih banyak daripada emas. Bila turun pun sama. Tahun 2010 – 2011, silver naik 100%. Masa tu ramai orang beli silver. Lepas tu dia jatuh balik 50%.

(2) Potensi lebih besar
Dari sudut potensi kenaikan, pakar precious metal meramalkan silver akan jadi “gold in future”. Maksudnya, peratusan kenaikan dia akan jauh menandingi emas. Ini disebabkan silver diperlukan untuk industri, sedangkan dah tak ada lombong silver, dan silver biasanya terbuang (dalam alat elektronik) tanpa di recycle sebagaimana emas sebab kosnya yang tak bebaloi.



(3) Silver lebih rendah kecairan
Silver lebih rendah kecairan berbanding emas. Maksudnya, bila nak jual, tak banyak tempat sanggup beli silver kecuali pengeluarnya sendiri. Kalau emas, kita boleh jual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa.
Silver tak boleh dipajak sebagaimana emas. Setakat ni, cuma Ar-Rahnu Koperasi Dagangan Emas (KDE) di bawah Public Gold jer yang terima pajak silver, itu pun silver keluaran Public Gold sahaja.

(4) Penyimpanan lebih susah
Silver ni berat & saiz lebih besar. Dari sudut penyimpanan agak susah berbanding emas. Kalau sewa Safe Deposit Box, memang cepat la penuh box tu. Kena sewa Safe Box yang besar baru sesuai untuk simpan silver.
-----

Dari sudut simpanan, mentor saya syorkan simpan emas dulu. Ada balance baru beli silver. Mentor saya sarankan simpan 70% emas, 30% silver.
Jadi kalau nak mula cara mudah melabur silver, beli & simpan dalam GAP sahaja, tak perlu fizikalkan silver. Bila nak jual semula, jual kepada PG semula melalui apps/web terus.

Nak mendaftar akaun GAP untuk mula menyimpan Emas atau Silver sikit-sikit serendah RM100 sahaja? Boleh klik disini untuk mendaftar sendiri secara percuma atau hubungi saya disini untuk pertanyaan lanjut dan bantuan pendaftaran.

Saturday 11 June 2022

Kenapa Ramai Yang Takut Simpan Emas?

Mentor emas sentiasa berpesan. Bukan emas yang menjadikan sesiapa kaya, tetapi ilmu. Maka… Ketahui apa ketakutan kebanyakan penyimpan emas kategori “newbies”. 

Pengalaman kena ragut mungkin, membuatkan ada wanita takut nak membeli emas. Kejadian pahit yang dialami itu membuatkan kaum Hawa telah beralih kepada logam lain sebagai alternatif.  

Itu hanya cebisan perasaan takut yang dialami sesetengah individu sedangkan ada banyak sebab lain kenapa ramai takut nak mula simpan emas, sama ada barang kemas ataupun dinar dan jongkong emas.


1. Takut Kena Zakat

Perkara ini menduduki ranking pertama kerana kebanyakan masyarakat seolah-olah mengeluh dan takut untuk membayar zakat jika menyimpan emas. Zakat dijadikan penghalang untuk membuat pelaburan dan simpanan emas. Sedangkan zakat adalah ibadah dan rukun Islam ke- 4 yang dapat menyuburkan harta serta meningkatkan rezeki. Sebenarnya, duit dan harta lain-lain termasuk ternakan, tanah, dusun juga kebun juga turut dikenakan zakat bila cukup haul dan nisab. 


2. Takut Dirompak dan kehilangan

Risiko kehilangan seperti berlaku kecurian dan rompakan menjadi igauan ngeri bagi masyarakat untuk menyimpan emas fizikal. Biarpun belum mulakan simpanan emas, kita sering terbayang perkara-perkara negatif seperti kehilangan emas akibat tersalah letak atau berlakunya kejadian pecah rumah. Cara paling selamat untuk simpan emas adalah dengan menyewa safe deposit box di bank atau syarikat swasta. Jika memilih untuk simpan di rumah pastikan emas anda disorok pada tempat yang tidak dijangkakan. Selain itu anda juga boleh buka akaun emas GAP (Gold Accumulation Program) di Public Gold. Serendah RM100 (0.3g) atau 1 gm adalah sudah boleh simpan di akaun emas GAP tanpa ada upah simpan dan komitmen bulanan.    


3. Tiada Ilmu Dan Bimbingan Tentang Kepentingan Emas

Majoriti masyarakat di luar sana tidak tahu bagaimana nak memulakan simpanan emas. Tiada ilmu tentang emas pelaburan dan simpanan. Sebaliknya, mereka lebih terarah pada emas perhiasan yang tinggi nilai spread. Malah ramai juga yang tidak tahu hendak membeli emas di mana, berapa bajet untuk unit emas yang hendak dibeli. Kurangnya, ilmu tentang konsep tempoh minimum untuk mendapatkan keuntungan dan bila masa terbaik untuk beli dan jual. 


4. Anggap Emas Seperti Saham

Ada yang menganggap emas seperti saham, unit amanah dan sebagai. Mereka beranggapan bila harga emas jatuh pelaburan akan hangus. Sedangkan perkara ini tidak berlaku dan berbeza sekali dengan pelaburan emas. Emas yang kita beli dan pegang sendiri fizikalnya memang tiada risiko selagi kita masih memiliki dan tidak menjualnya.     


5. Takut Scammer Emas

Beli emas takut tak dapat emas. Bimbang didalangi scammer emas yang memasang perangkap menipu masyarakat dengan penjualan emas yang tidak wujud sehingga duit hangus dan hilang begitu sahaja. Berbeza di Public Gold, beli emas pasti dapat emas. Itu jaminan Public Gold. Lebih setengah juta pelanggan Public Gold tiada lagi yang membeli emas tidak dapat emas.      


6. Takut Emas Sukar Dicairkan Pada Wang

Bimbang  jika berlaku kecemasan emas sukar dicairkan pada wang kertas jika perlukan tunai segera. Sebenarnya, sebelum memulakan simpanan emas fizikal, kita mesti mempunyai simpanan tunai sebanyak 3 bulan pendapatan. Emas adalah simpanan  jangka panjang untuk tempoh 3 hingga 5 tahun. 

Jika mememerlukan wang segera, emas yang dimiliki boleh dijual atau dipajakkan di Arrahnu, koperasi dan institusi kewangan yang lain. Anda boleh mendapatkan wang dengan segera dan berpelung menebus kembali emas dalam tempoh masa yang ditetapkan.      


Sebab itu, ilmu penting sebelum memulakan sesuatu pelaburan. Untuk mendapatkan ilmu kenalah membaca buku, melayar laman web dan blog-blog pelaburan, tengok klip video tentang emas dan kewangan atau menghadiri seminar emas serta berbincang dengan orang yang boleh dipercayai, seperti dealer Public Gold. 

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, sila hubungi saya terus di sini.

Wednesday 11 May 2022

EMAS TAK ADA DIVIDEN. RUGI SIMPAN EMAS?

Statement : Emas adalah aset tidur. Baik simpan kat institusi yang bagi dividen 6% setahun selama 20 tahun berbanding simpan emas? 

Fakta dan nombor : Emas adalah aset tidur yang bila dijagakan selepas 20 tahun akan melebihi pulangan dividen 6% setahun. Tok sah nafi, jom tengok dari sudut nombor.


‼️ Kira-kira : Harga 1kg (1,000 gram) emas pada 20 tahun lepas berkadar RM35,000. Harga 1kg emas hari ni berkadar RM287,000. 

✅ kenaikan emas 720% selama 20 tahun.

‼️ Jika RM35,000 yang sama simpan dalam institusi bagi pulangan 6% selama 20 tahun? Compounding menjadikan nilai hari ini RM112,249.

✅ kuasa compounding dividen adalah 220% selama 20 tahun.

1) Pulangan emas = 720%

2) Pulangan dividen = 220%


Mana lebih baik?

PELABUR YANG COOL, tak mudah gelabah itik. Kerana mereka berpengalaman dan tahu fungsi emas dan fungsi wang tunai yang bagi dividen adalah berbeza.

🌹 emas mengekalkan kuasa beli dan mengelak kebocoran. Wang tunai di institusi boleh dibelanja secara harian dengan lebih mudah.

🌹 kecairan emas boleh amik masa 15 minit ke 3 hari. Wang tunai? Instant. Nak sekarang, sekarang boleh guna dan habis.

🌹 emas disandarkan pada berat dan ketulenannya. Wang tunai bersandar kepada jaminan kerajaan yang jika kerajaan runtuh, korupsi dan bangang - wang tunai berisiko jahanam.

🌹 emas universal currency dan boleh digunakan di seluruh dunia. Wang tunai penggunaan terhad kepada geografi negara dan tertakluk kepada kerajaan selagi belum lingkup.

🌹 emas ada dua pilihan nak dibelanjakan samada jual atau ar rahnu pastu tebus semula. Wang tunai guna je sampai licin dan ucap SELAMAT JALAN ROMEO.

🌹emas beraksi dengan baik dalam keadaan extreme cam peperangan, bencana alam. Wang tunai beraksi dengan baik jika kerajaan cerdik.

🌹 emas tak akan jadi nilai sifar atau negatif. Wang tunai boleh menjadi sifar atau negatif (terutamanya kalau kerajaan runtuh, korupsi dan bangang)

🌹 emas kena bayar zakat jika cukup uruf dan haul. Wang tunai pun tetap kena bayar zakat jika cukup syaratnya.

🌹 emas ada spread (susut nilai) sebab itu elak simpan emas perhiasan tetapi simpanlah emas pelaburan kerana spread maksima HANYA 9% bagi keseluruhan simpanan. Wang tunai? Dengan anggaran purata inflasi tahunan 3% jika peram wang tunai selama 20 tahun bermakna inflasi (susut nilai wang tunai) berkadar 60%. 

🌹 Ketika mula diserang Russia, Ukrain telah meningkatkan simpanan emasnya berkali ganda hanya dalam tempoh seminggu sahaja. Ukrain gigih bina simpanan emas dan tak de gelabah itik cetak wang kertas banyak-banyak ketika perang.

🌹 US yang merupakan kuasa besar dunia adalah antara pemegang rizab emas terbesar di dunia. Dalam konsep universal, who have gold, he is king with superpower. Russia dan China juga pemilik emas yang sangat banyak.

Banyak lagi kalau nak bandingkan antara emas dengan dividen wang tunai. Tapi saya malas nak taip. 


Soalan : mana yang lebih baik? Simpan emas atau simpan wang tunai di institusi yang bagi dividen 6%? 

Jawapan : Firstly - dua-dua baik jika kita cerdik. Emas simpan jangka melebihi tiga tahun ke atas. Wang tunai simpan bagi kegunaan harian. 


Yang penting? 

PELABUR YANG BERILMU tidak akan memburukkan cabang lain sebab tidak ada cabang sempurna. Setiap cabang saling melengkapi.

Diversify and leverage adalah strategi paling mampan dalam soal simpanan / pelaburan. 

Bila nak kaji tentang emas perlu jadi penyimpan emas tegar. Bukan setakat baca pergerakan harga emas dalam USD. Ini panggil sembang atas kertas bukan atas pengalaman peribadi.

Kita dok Malaysia, beli emas dalam RM. Walaupun harga emas melalui USD turun, jika matawang RM melemah tetap harga emas naik. 

So? Setakat baca graf bukanlah pengalaman sebenar dalam simpanan emas.


Btw, jika harga emas turun? Lagilah bagus! 

Kita dapat merendahkan kadar pemurataan harga. Dapat banglo pada harga Semi-D, sapa tak suka? Barang mahal pada harga diskaun!

Macam biasa, sembang panjang-panjang kalau korang tak ambik tindakan TAK GUNA JUGA. Dan yang penting jangan sembang bab emas dengan BUKAN penyimpan emas tegar.

Monday 14 March 2022

SIMPAN EMAS FIZIKAL : HILANG RASA BERDUIT & BOROS

Ini berdasarkan pengalaman diri saya sendiri selama saya mula istiqamah menyimpan emas terutamanya Emas Fizikal, saya akan rasa tidak berduit walaupun hakikatnya saya berduit dalam bentuk Emas Fizikal. Ia, emas fizikal itu adalah duit sebenar anda!

Berduit itu memang penting dalam kewangan kita tetapi berasa berduit itu yang berbahaya malah ia akan lebih parah jika kita tidak berduit tetapi rasa berduit.


Apabila kita berasa berduit, natijahnya kita akan selalu berfikir untuk berbelanja itu dan ini tanpa memikir ianya satu kehendak ataupun satu keperluan. Kebiasaannya, bulan yang kita akan berasa terlebih berduit adalah bulan yang kita terima bonus. Belum pun dapat duit bonus tersebut, kita sudah panjang akal nak beli itu dan ini serta nak bercuti sana dan sini 

Yang hebatnya kita ini, semua perbelanjaan itu sudah dirancang 3 bulan lebih awal dan akibatnya duit bonus lesap entah ke mana. 


Bagi yang memang berduit, duit simpanan akan cepat/mudah bocor dan terus bocor yang mengakibatkan kekayaan kita susah nak bertambah, apatah lagi nak berkembang. 

Bagi yang tidak berduit tetapi berasa berduit mungkin akan terjerumus kekancah hutang piutang yang membebankan samada terikat dengan personal loan atau credit card 

Jujur saya cakap, sejak saya menjadikan Emas Fizikal sebagai simpanan, saya selalu rasa tidak berduit walaupun pada hakikatnya kalau dijual kesemua Emas itu jumlah nilainya agak besar. 

Sedar tak sedar, jumlah simpanan Emas yang saya miliki bertambah dari bulan ke bulan, tahun ke tahun kerana EMAS Fizikal ini mampu mengawal nafsu boros dan nafsu RASA BERDUIT untuk beli itu dan ini Saya dan Isteri cuma ada simpanan DUIT TUNAI yang cukup-cukup sahaja untuk kegunaan harian kami sekeluarga. 

Berminat menyimpan emas sedikit demi sedikit serendah RM100? Hubungi saya disini untuk panduan dan tunjuk ajar secara percuma. 

TAK ADA CASH TAK APA, JANJI ADA EMAS! 

Wednesday 29 December 2021

Matawang Pada Zaman Rasulullah SAW

Matawang yang digunapakai pada zaman Rasullullah dan kerajaan Islam yang lain sebagai medium transaksi jual beli sejak berzaman dahulu adalah emas. Ini fakta sejak ribuan tahun.




Dahulunya wujudnya wang kertas dollar digunakan sebagai baucar bagi mewakili emas. Setiap 35 dollar yang dicetak adalah bersandarkan kepada emas seberat satu troy oz (31.1g) .

Setelah Kerajaan Amerika mempunyai masalah ekonomi yang teruk akibat peperangan yang panjang dengan Vietnam, sistem kewangan telah dimanipulasikan. Pada waktu itu, wang kertas telah dicetak tanpa lagi bersandarkan kepada emas.

Nilai wang kertas, bukan terletak pada nilai wang tetapi dengan jaminan kerajaan. Jika kita perasan, duit syiling RM 1, duit kertas RM 500, dan duit kertas RM 1,000 bila kerajaan isytihar tidak lagi bernilai , maka nilainya hilang begitu sahaja dan tidak lagi laku di dalam pasaran.

Satu fakta yang kita perlu tahu adalah, emas dan perak telah digunakan sebagai alat penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia disebabkan sifatnya yang tidak boleh dicipta, tidak binasa, dan tidak boleh dibinasakan dengan cara apa sekalipun.

Disebabkan faktor ini, emas adalah satu satunya aset kewangan yang tidak sekali- kali boleh jatuh nilainya menjadi kosong. Emas kekal dianggap duit sebenar sejak zaman berzaman hingga kiamat.

Cuma ya, pemilihan jenama emas amat penting bagi penyimpan emas yang bijak. Maka, pastikan pilih jenama yang diakui seperti jenama Public Gold ya!

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya di www.wasap.my/60122256084 atau www.wasap.my/60192636024

Anda juga boleh terus mendaftar terus percuma disini dan hubungi saya untuk menerima panduan tentang cara-cara simpanan emas ini. 

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#PublicGold
#PGG100Network

Tips Pelaburan Silver

Seperti sedia maklum, PG juga memberi peluang anda menyimpan dan melabur silver/perak. Ini panduan ringkas kalau nak melabur dalam silver: (...